Showing posts with label muzakarah. Show all posts
Showing posts with label muzakarah. Show all posts

Sunday, August 10, 2014

YUSUF DAN ZULAIKHA #1

Jika kita perhatikan betul-betul kisah ni,

Al-Quran tak agung-agungkan pun cinta Yusuf dan Zulaikha.sepertimana yang diagung-agungkan dalam kad-kad kahwin.

Al-Quran menekankan perjuangan seorang Rasul dalam jihad melawan nafsu. Ia juga memuliakan taubat seorang wanita yang cuba hendak berzina. Moral yang sangat penting kita nak ambik kat sini , biar kita segagah Yusuf, seinsaf Zulaikha.

~kita nak dapatkan cinta Allah , kita mesti kenal dulu Allah dan nak kenal Allah itu dia ada dengan jalan wahyu , petunjuk Rasul, ada dengan jalan akal, kita mengkaji, kita memahami ilmu-ilmu sains yang boleh membawa kita kepada merasai adanya Pencipta, dan juga boleh mengenali Allah itu dengan cara kita lihat kepada fitrah kita ni. kita nak ada kekasih yang setia, nak ada Tuhan, nak ada sembahan nak ada penyelamat, nak ada tempat yang boleh mendengar luahan hati kita memujuk setiap kesedihan kita. Suara fitrah itu diinstallkan secara semula jadi untuk cari Allah dalam hidup kita.

Yusuf sedar Allah adalah cinta matlamat, imratul aziz itu cuma makhluk. Bila Nabi Yusuf alaihissalam diperintahkan masuk ke dalam bilik, baginda berada dalam situasi yang sangat disenangi oleh nafsu. Tapi dideritai oleh iman. Berdua-duaan dalam bilik, digoda wanita cantik, line pun line clear, pintu dah berkunci.
Jadi jika Yusuf tidak menguruskan nafsu lelakinya, dia akan lentok dalam pujuk rayu si cantik Zulaikha.

Orang soleh macam mana pun, kalau tak jaga hati ,dia boleh jadi tak tahan. Tengok kat situ ya secara realitinya cinta itu degupan atau lintasan atau kecenderungan yang lahir daripada hati kita. Dan hati itu suatu raja yang perlu diuruskan. kena pause. Tekan butang pause dalam minda kita. Aku ni sedang letakkan cinta makhluk nombor 1 ke ataupun sedang letak cinta matlamat nombor 1. Aku sedang ikut panduan wahyu ataupun panduan nafsu. Itu pentingnya fikrah. Ataupun pentingnya kesedaran, pentingnya kita doa kita rujuk Allah, kita berdialog dengan Allah, supaya tindakan kita itu terpandu, dia tak ikut suka hati kita sahaja. 

Hati Nabi Yusuf ni hidup, hati Nabi Yusuf bekerja, hati Nabi Yusuf berhubung kuat dengan cinta Pencipta, hati Nabi Yusuf banyak muhasabah. Tak mungkin cinta penuh suci bergaul dengan cinta penuh noda.
Bila raja yang bernama hati itu baik dalam kerajaan diri, soal cinta mudah diuruskan. Soal cinta ini dia akan merujuk panduan Tuhan. Kenal mana haram mana halal. Yusuf dalam kisah tadi lebih memilih cinta matlamatnya. Cinta Allah bagi Nabi Yusuf jauh lebih besar  dan lebih menyelubungi seluruh aqal dan fikirannya saat itu.

Perasaan nikmat ini, takkan dapat dirasai,oleh orang yang tak biasa call dengan Tuhan dia, sms dengan Tuhan dia, dating dengan Tuhan dia, apa maksudnya? Call tu maksudnya kita cepat-cepat sahut panggilan Allah bila tiba masa ibadah. Baca sms Allah, baca wahyu Allah, kita dating sepertiga malam pada saat yang kita ternanti-nanti . kalau tak wujud perasaan ternanti-nanti tu , paksa diri untuk merasainya, dan kita tambahkan ilmu, ilmu itu boleh menyebabkan jiwa kita lebih segar, dan lebih kenal mana cinta alat mana cinta matlamat.

Bagaimana kita nak uruskan bila kita jatuh cinta? Saya bagi analoginya begini. Bila kita berpuasa, kita teringat nak makan.  Itu fitrah. Contohnya pada bulan ramadhan.  Kita teringat nak makan. Lebih-lebih lagi bila kita tak sahur tadi, teringat nak makan. Itu fitrah. Tapi bila pukul 10 pagi , kita dok asyik tenung makanan, kita main sedut-sedut air daripada straw dalam cawan. Bukan nak makan nak minum. Saje. Suka-suka. Kita asyik dekat dengan makanan, dia boleh menyebabkan kita makin tak tahan, air liur makin meleleh-leleh, rasa memang nak berbuka puasa. Sebab apa? Sebab lambat lagi nak berbuka puasa. Tapi awal-awal lagi kita dah pun duduk dekat dengan makanan. begitu juga bila kita jatuh cinta jatuh hati. Itu fitrah. Bagaimana kita nak uruskan fitrah ini. Adakah bila kita suka kat seseorang kita pun cepat-cepat sms call dengan dia, cakap benda-benda tak penting, tak perlu, kita dok main api awal-awal. Dia akan menyebabkan kita rasa stress,  nak nikah cepat ataupun nk buat maksiat. Padahal kita dalam tempoh banyak lagi benda yang kita perlu siapkan diri ketika itu. Lebih-lebih lagi, bila kita uruskan cinta itu dengan kita pergi layan banyak-banyak lagu cinta, dok asyik tengok cerita korea hari-hari, dia makin bagi stress , nak nikah, makin stress. Maka kita kena sangat rasional dalam soal ini, strategi 3P yang disebutkan , yang pertama, kita PAUSE,tekan dlu butang pause dalam minda kita. Nabi ajar kita pilih orang yang macamana, Nabi ajar kita ada kondisi-kondisi tertentu. Mana yang elok nikah, mana yang kena tahan dulu, makruh nikah, ulama dah keluarkan hukum tentang makruh nikah sunat nikah, wajib nikah itu semua. Kita tengok kita tahap mana.

to be continued...

-ustazah fatimah syarha-

Wednesday, April 2, 2014

habib #1

see? nothing much to say because this habib dah cakap dengan terang dan jelas dan padat.
sincerely,                      

Tuesday, March 6, 2012




Apa yang jadi pada akaun laman sosial / blog kita selepas kita mati?

mari kita renung-renungkan bersama
fikir-fikirkan bersama
jika satu hari nanti kita mati,
akaun facebook ini hanya kita yang tahu password
hanya kita yang boleh access..dan
selepas kita mati.. apa yang jadi pada akaun fb kita?
mungkin ada yang akan ucapkan takziah
mungkin ada yang selalu menjenguk bagi mengubat rindu
tetapi..sedarkah kita
gambar-gambar kita..
akan terus membuatkan kita terseksa di alam kubur?
gambar-gambar yang tidak ditutupi aurat dengan sempurna
macam mana nanti?
lelaki ajnabi terus-terusan tengok
dalam masa yang sama, tiada siapa yang boleh deletekan gambar kita..
walau sudah bertahun-tahun kita mati, gambar itu terus ada..
saham dosa terus meningkat..

macam mana?
pernah terfikir tak?
tudung singkat yang dipakai tu, akan selamatkan kita dalam kubur nanti?
legging dan jeans ketat, boleh selamatkan kita?
baju yang membalut aurat itu, bagaimana?

mungkin kini
kita masih merasa tak sabar nak berkongsi cerita dengan gambar-gambar yang cantik
tempat-tempat yang kita dah lawati di muka bumiNya
tapi di akhirnya nanti..
semua itu tidak akan membawa erti
semuanya hanya tinggal kenangan bagi yang masih hidup
di alam kubur, semua itu tidak sedikit pun boleh menyelamatkan kita
cuba kita renung-renungkan,
saham dosa yang terus meningkat walau setelah ketiadaan kita di muka bumi sehingga hari akhirat.

tutupilah auratmu sebelum auratmu ditutupkan
peliharalah dirimu sebelum dirimu dikapankan~

jagalah maruah diri sebagai seorang muslimah
mati itu pasti
persiapkan diri untuk MATI itu perlu.

moga Allah redha dengan perkongsian ini
amin~

renung-renungkan dan selamat beramal :)

●●●●⊱●●⊱●●⊱Sebar-sebarkan Semoga Bermanfaat ●●⊰●●⊰●●●●